Wednesday, March 5, 2014

Realiti dan Fantasi Komik Politik Pembangkang Sarawak


Pertukaran KM, TYT dan perubahan kecil dalam barisan kabinet negeri Sarawak baru-baru ini bakal diuji oleh Pembangkang bermula dengan Pilihanraya kecil DUN Balingian, iaitu kerusi yang ditinggalkan oleh penyandang, Taib Mahmud. Apa yang pasti beberapa nama telah mula dicanangkan sebagai bakal penganti.
Jadi, persoalan sekarang, Apakah Strategi Pembangkang??

Menawan Sarawak bukan mudah bagi pembangkang tetapi telah kelihatan ketika ini strategi 'memasuki kawasan luar bandar' mula berjalan. Strategi yang diciplak daripada 'Politik Pembangunan' BN yang berjaya menawan pengundi Luar Bandar akan diguna pakai oleh mereka. Pemberian bantuan 'Mini" seperti Tangki Air, Radio "free", Jenerator dan sebagainya dilihat sebagai permulaan kepada Stategi menawan desa oleh pembangkang.

Pelantikan Tan Sri Adenan sebagai KM dilihat sebagai kesinambungan dasar Taib sebelum ini (peringkat awal pelantikan). Sudah pasti dalam beberapa bulan ini pembangkang akan ternanti-nanti adakah terdapat sebarang perubahan didalam corak pentadbiran. Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan sejawatannya dalam DAP sudah pasti sedang menrangka beberapa siri 'Bengkel' bagi merangka strategi menghadapi Adenan dan BN.

Beberapa kerusi DUN yang hangat yang dianggap 'boleh menang' oleh mereka akan menjadi tumpuan manakala isu-isu utama seperti Tanah Adat (NCR), Pembangunan, Masalah Sosial, Kebajikan Rakyat mahupun isu 'Alfred Jabu tidak menjadi KM' akan diputar tsunamikan agar pengundi bukan Islam, bukan melayu atau bukan melanau keliru sekaligus menanam rasa hilang kepercayaan kepada kepimpinan BN sedia ada.

Apa yang akan hendak disimpulkan di 'Awal Pagi Buta' Perubahan Taib ke Adenan oleh penulis akan diutarakan tidak lama lagi..Jadi, bersamalah kita melihat 'Sandiwara Cinta' politik Sarawak yang kita cintai selama ini. Sekian ! ZZZZZzzzzzzzzzzzz...........

No comments:

Post a Comment