kalau AKU seorang YB...
Monday, March 24, 2014
Antara Kajang & Balingian..PR 1 vs BN1
Kajang sudah berlalu...tinggallah Balingian menyusul. Disajikan dengan scenario politik yang berbeza..kalau Kajang dikatakan sebagai "lesen untuk Ketua Menteri yang baru" Balingian pula adalah sebagai "hadiah kepada Ketua Menteri yang baru". Apapun GZ yakin keputusan adalah seri iaitu satu sama. Walaubagaimanapun secara keseluruhan Agrigetnya tetap memihak kepada BN melalui gol jaringan di tempat lawan dan tempat sendiri. Jadi TAHNIAH kepada BN !
p/s: GZ yakin 200% BN menang di Balingian !
p/s: GZ yakin 200% BN menang di Balingian !
Monday, March 17, 2014
Wednesday, March 5, 2014
Realiti dan Fantasi Komik Politik Pembangkang Sarawak
Pertukaran KM, TYT dan perubahan kecil dalam barisan kabinet negeri Sarawak baru-baru ini bakal diuji oleh Pembangkang bermula dengan Pilihanraya kecil DUN Balingian, iaitu kerusi yang ditinggalkan oleh penyandang, Taib Mahmud. Apa yang pasti beberapa nama telah mula dicanangkan sebagai bakal penganti.
Jadi, persoalan sekarang, Apakah Strategi Pembangkang??
Menawan Sarawak bukan mudah bagi pembangkang tetapi telah kelihatan ketika ini strategi 'memasuki kawasan luar bandar' mula berjalan. Strategi yang diciplak daripada 'Politik Pembangunan' BN yang berjaya menawan pengundi Luar Bandar akan diguna pakai oleh mereka. Pemberian bantuan 'Mini" seperti Tangki Air, Radio "free", Jenerator dan sebagainya dilihat sebagai permulaan kepada Stategi menawan desa oleh pembangkang.
Pelantikan Tan Sri Adenan sebagai KM dilihat sebagai kesinambungan dasar Taib sebelum ini (peringkat awal pelantikan). Sudah pasti dalam beberapa bulan ini pembangkang akan ternanti-nanti adakah terdapat sebarang perubahan didalam corak pentadbiran. Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan sejawatannya dalam DAP sudah pasti sedang menrangka beberapa siri 'Bengkel' bagi merangka strategi menghadapi Adenan dan BN.
Beberapa kerusi DUN yang hangat yang dianggap 'boleh menang' oleh mereka akan menjadi tumpuan manakala isu-isu utama seperti Tanah Adat (NCR), Pembangunan, Masalah Sosial, Kebajikan Rakyat mahupun isu 'Alfred Jabu tidak menjadi KM' akan diputar tsunamikan agar pengundi bukan Islam, bukan melayu atau bukan melanau keliru sekaligus menanam rasa hilang kepercayaan kepada kepimpinan BN sedia ada.
Apa yang akan hendak disimpulkan di 'Awal Pagi Buta' Perubahan Taib ke Adenan oleh penulis akan diutarakan tidak lama lagi..Jadi, bersamalah kita melihat 'Sandiwara Cinta' politik Sarawak yang kita cintai selama ini. Sekian ! ZZZZZzzzzzzzzzzzz...........
Subscribe to:
Posts (Atom)